Event Date | 22-02-2024 |
22 Februari 2024, Kuala Lumpur - MITRA telah memberi kelulusan Geran Kewangan untuk Kursus Dandanan Rambut Profesional kepada Kanna Hair Salon & Academy bernilai RM95,029 kepada 30 peserta. Kos seorang peserta RM3,167.
Objektif utama kursus ini adalah untuk:
- membantu mewujudkan pekerja-pekerja tempatan India yang mahir dalam bidang gunting rambut; dan
- melengkapkan peserta program dengan kemahiran dan kit permulaan gunting rambut yang boleh membantu menjana pendapatan.
Inisiatif ini selaras dengan salah satu aspirasi kerajaan iaitu merapatkan jurang kekurangan pekerja dalam sektor kedai gunting rambut.
Syabas dan tahniah kepada Kanna Hair Salon & Academy dan peserta – peserta yang telah menamatkan Kursus Dandanan Rambut Profesional di Kanna Hair Salon & Academy selama 25 hari.