Event Date | 28-08-2025 |
28 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Friends of Ministry (FOM) telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Seramai 11 Ahli Yang Berhormat telah dilantik sebagai Friends of Ministry. Beliau yakin melalui pelantikan ini, mereka akan memainkan peranan penting dalam memberikan cadangan serta pandangan yang bernas demi memperkukuh dasar dan program kementerian, seterusnya memastikan agenda perpaduan yang inklusif, progresif, dan berteraskan nilai-nilai Malaysia Madani dapat direalisasikan dengan lebih berkesan.