| Event Date | 16-04-2026 |
16 April 2026, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, telah menghadiri Majlis Penyerahan Cek sempena Sambutan Hari Wesak Kebangsaan 2026 yang mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Melalui Program Sambutan Wesak Akar Umbi, setiap tokong, vihara dan pusat Buddha yang berdaftar serta diluluskan akan menerima bantuan sebanyak RM2,000. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada sehingga 1,000 organisasi di seluruh negara, dengan jumlah peruntukan keseluruhan mencecah RM2.5 juta.
Usaha ini selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memupuk semangat kebersamaan dan memperkukuh nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.