| Event Date | 16-11-2025 |
16 November 2025, Perlis - YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Majlis Penyerahan Mock Cheque Peruntukan Komuniti KRT MADANI, Rakyat Disantuni Negeri Perlis di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Perlis.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengerusi serta wakil komuniti dari KRT Pekan Pauh, Arau; KRT Rumah Murah Kangar; serta KRT Taman Kemajuan, Kangar.
Majlis ini bertujuan menggalakkan wakil komuniti KRT melaksanakan program KRT MADANI Rakyat Disantuni yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dengan pilihan fokus aktiviti seperti pembangunan ekonomi dan keusahawanan belia, program khidmat komuniti, pendidikan dan literasi digital, literasi pendidikan keselamatan komuniti dan aktiviti outreach perpaduan termasuk bantuan komuniti serta intervensi semasa bencana.
Tahniah juga diucapkan kepada Pusat NADI di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai rakan strategik lokasi serahan mock cheque bagi program ini di seluruh negeri. Pelbagai program untuk merapatkan jurang digital, dan meningkatkan kemajuan sosioekonomi di NADI dapat dimanfaatkan oleh seluruh komuniti