SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Lembaga Penasihat Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (LPI) Sesi 2026-2028

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Lembaga Penasihat Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (LPI) Sesi 2026-2028

Event Information

Event Date 22-10-2026
WhatsApp Image 2026 10 22 At 151947

22 Oktober 2026, Kuala Lumpur - Seramai 20 individu yang terdiri daripada ahli akademik, wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan merangkumi kepakaran daripada pelbagai bidang telah dilantik sebagai Lembaga Penasihat Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (LPI) Sesi 2026-2028. Majlis penyerahan watikah pelantikan telah disampaikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Jabatan Muzium Malaysia.

LPI merupakan mekanisme penasihat strategik kepada Institut Kajian dan Latihan Integriti (IKLIN) dengan memberikan pandangan, hala tuju dan syor penambaikan terhadap pelaksanaan fungsi Latihan, penyelidikan serta pembangunan terhadap pelaksanaan fungsi latihan, penyelidikan serta pembangunan kompetensi dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional.

Keahlian LPI yang merentas sektor berupaya menyumbang kepakaran, pendangan, dan idea strategik kepada Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) selaku Pusat Kecemerlangan Perpaduan dalam mengenal pasti pendekatan terbaik bagi menangani isu perkauman, ucapan kebencian, konflik sosial serta pelbagai cabaran yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata, “LPI perlu berperanan sebagai badan penasihat strategik dan rakan pemikir (strategic tink tank) kepada IKLIN. Peranan IKLIN perlu diperkasa selaras dengan mandat Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di bawah Strategi D.1.1 : Memperkukuh Integrasi dan Perpaduan Nasional. Tambah beliau, “IKLIN harus muncul sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) dan pusat rujukan nasional dalam bidang perpaduan, integrasi nasional serta pembinaan negara bangsa.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In