Event Date | 29-06-2024 |
29 Jun 2024, Perlis - Majlis Perasmian Baca@Paddy's House oleh YBhg.Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara di Stesen Minyak Shell, Titi Tinggi, Padang Besar.
Sudut Bacaan Ini telah ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan tambahan yang bertindak sebagai Pusat Setempat masyarakat sambil menikmati hidangan dan bacaan santai di sini.
Sebanyak 150 naskah buku bagi golongan remaja dan dewasa, resepi masakan, jahitan dan buku berkaitan negeri Perlis termasuk novel dan 100 naskah buku kanak-kanak turut disediakan.
Turut diadakan persembahan pancaragam oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar Perlis.
Turut hadir, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.