Event Date | 20-09-2024 |
20 September 2024, Sarawak - Majlis Perasmian Kanowit Waterfront dan Pesta Kanowit 2024 telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sarawak di Pentas Utama Kanowit Waterfront.
Pesta Kanowit selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ dan salah satu pengisian utama dalam program flagship Kementerian iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI melalui konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’.
Turut hadir, YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, YBrs. Puan Norihan binti Mohamed Naim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), KPN dan YBhg. Dato’ Haji Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).