SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Perasmian Karnival Membaca Perdana dan Pesta Buku Melaka 2026

Majlis Perasmian Karnival Membaca Perdana dan Pesta Buku Melaka 2026

Event Information

Event Date 31-10-2026
WhatsApp Image 2026 10 31 At 180957 3

31 Oktober 2026, Melaka - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui  Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus mempergiatkan pelbagai inisiatif dalam mengalakkan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara program yang dilaksanakan ialah Program Baca Bersama 10 Minit, Karnival Citra Penulis 2026, Wacana Bahasa Warisan 2026, Minggu Literasi Media dan Maklumat (MLMM) 2026, Program Sentuhan Komuniti Bestari serta Kembara  Ilmu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Perasmian Karnival Membaca Perdana dan Pesta Buku Melaka 2026 di The Shore Shopping Gallery, hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan program-program tersebut mencerminkan pendekatan menyeluruh kementerian dalam memperluas kepada akses kepada ilmu, menyemarakkan budaya membaca dan mendekatkan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

Tambah beliau lagi, program galakan membaca telah menunjukkan trend peningkatan yang ketara daripada 75 program dengan 113,408 penyertaan pada tahun 2023 kepada 139 program dengan 234,158 penyertaan pada tahun 2024. Tahun lalu, pelaksanaan program meningkat kepada 146 program dengan  422,994 penyertaan di seluruh negara.

Selain itu, YB Datuk Aaron turut berkongsi bahawa kadar pembacaan rakyat  Malaysia mencapai 88.6% iaitu merangkumi 16 naskhah bahan bacaan bercetak dan lapan naskhah bahan bacaan digital. Rakyat Malaysia juga memperuntukkan purata sekitar 9 jam 22 minit seminggu untuk membaca.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In