Event Date | 12-07-2024 |
12 Julai 2024, Johor - Sekitar Majlis Perasmian Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia kali ke-25 yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim di Dewan Grand Emerald, Sunway Hotel Big Box, Johor.
Ucapan Penghargaan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, KSU KPN berserta YBrs. Tuan Edy Irwan bin Zulkafli, TKP PNM dan YM Ungku Hajah Noorakmal binti Ungku Sulaiman, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor
Konvensyen anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Johor dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) berlangsung mulai 12 hingga 15 Julai 2024. Program dwitahunan ini melibatkan penyertaan kakitangan perpustakaan seluruh Malaysia.