| Event Date | 11-08-2025 |
11 Ogos 2025, Kuala Lumpur – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Harmoni Mesra 2025 bertempat di UCSI University, Cheras Kuala Lumpur.
Bertemakan Harmoni-Mesra, sambutan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai-nilai kemanusiaan, kesejahteraan dan perpaduan sebagai asas pembinaan negara bangsa yang inklusif dan harmoni.