SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Perasmian Pameran Omocha: Mainan Jepun Masa Kini

Majlis Perasmian Pameran Omocha: Mainan Jepun Masa Kini

Event Information

Event Date 12-11-2026
OMOCHA 3

12 November 2026, Perak - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan terus memperkukuh diplomasi Malaysia-Jepun menerusi pendekatan memperkenalkan budaya Jepun kepada masyarakat Malaysia melalui dunia permainan. Perkara tersebut dinyatakan oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara di Majlis Perasmian Pameran Omocha: Mainan Jepun Masa Kini di Muzium Perak.

Pameran ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan budaya permainan Jepun, khususnya permainan kontemporari, kepada pengunjung muzium serta memberi pendedahan tentang evolusi permainan daripada permainan analog dan mekanikal kepada permainan berasaskan teknologi digital. Permainan merupakan sebahagian daripada pengalaman manusia merentasi sempadan geografi, bahasa dan budaya. Namun nilai yang merangkumi kerjasama, disiplin dan persahabatan memperlihatkan persamaan yang cukup dekat.

YBhg. Dato’ Haslina berkata, “Peluang mengenali keunikan budaya merupakan kekuatan sebenar diplomasi. Ia membolehkan masyarakat saling mengenali, memahami dan menghargai antara satu sama lain walaupun dibatasi bahasa dan sempadan negara.” Tambah beliau, penganjuran pameran ini merupakan satu wadah yang berkesan dalam memperkukuh kebudayaan sekaligus persahabatan Malaysia-Jepun sebagai kesinambungan Dasar Pandang ke Timur yang telah diperkenalkan pada tahun 1982.”

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In