| Event Date | 27-09-2026 |
27 September 2026, Selangor - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup GEMA Gempita MADANI 2026 anjuran Malaysian Frontliners Foundation dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) serta Maestro Events & Communication Sdn. Bhd. di UNISEL, Selangor.
GEMA Gempita MADANI juga menjadi platform yang menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang untuk bersama-sama membina jambatan perpaduan, memperkukuh jaringan sosial serta menyemai semangat kebersamaan sebagai sebuah keluarga besar Malaysia.
Pelbagai pengisian seperti Policy Talk & Youth Forum, Mega Autoshow, Ceramah Motivasi “Jom Masuk U”, Konsert GEMA MADANI, GEMA Bazaria, Himpunan Rasmi NGO, Karnival Agensi Kerajaan serta Sahabat MADANI membuka ruang kepada generasi muda dan masyarakat setempat untuk berinteraksi, berkongsi pandangan dan menyatukan kita dalam kepelbagaian, memperkukuh rasa kebersamaan dan menghidupkan semangat Malaysia MADANI.