Event Date | 14-09-2025 |
14 September 2025, Sarawak – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Program Bermalam di Muzium di Borneo Culture Museum, Kuching, Sarawak. Program anjuran bersama Jabatan Muzium Sarawak ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Bermalam di Muzium merupakan antara inisiatif utama di bawah Program Citra Nusa@Muzium yang disokong penuh oleh Kementerian Perpaduan Negara berteraskan warisan sejarah dan seni budaya telah berlangsung dari 13 hingga 14 September 2025 dan dilaksanakan secara serentak melibatkan 31 buah muzium yang terdiri daripada Muzium Persekutuan, Muzium Negeri serta Muzium Institusi dengan penyertaan seramai 2,240 orang pelajar.