Event Date | 28-08-2024 |
28 Ogos 2024, Pulau Pinang - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Forum Malaysia Madani Semarakkan Perpaduan bertempat di Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pertandingan forum ini merupakan “pentas utama” bagi pemerkasaan bahasa Melayu di dalam negara. Selain itu, forum ini amat penting bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai “alat” perpaduan bagi rakyat Malaysia, khususnya yang melibatkan golongan pelajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta, yang merupakan bakal pemimpin negara pada masa hadapan.