Event Date | 31-08-2024 |
31 Ogos 2024, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Bermalam di Muzium Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) di Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Program Bermalam di Muzium Perdana 2024 ini telah berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dengan penglibatan peserta melukis poster patriotik paling ramai. Tema yang menjadi pilihan pelajar menggambarkan unsur-unsur patriotik seperti wira-wira bangsa, bangunan bersejarah dan peristiwa sejarah. Rekod yang telah dicipta adalah Largest Participation in Patriotic Themed Poster Making. Pengiktirafan ini telah diberikan oleh MBOR pada majlis menandatangani Sijil MBOR.