| Event Date | 06-11-2025 |
6 November 2025, Putrajaya - YBhg. Datuk Mohamad Azhan Bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Hari Digital Perpaduan (HDP) 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Blok F9, Putrajaya serta disiarkan secara atas talian (hibrid). Program ini membawa tema “Digital Untuk Semua, Perpaduan Selamanya” yang menggambarkan aspirasi kementerian dalam memperkukuh semangat perpaduan nasional melalui pemerkasaan teknologi digital.
Penganjuran Hari Digital Perpaduan (HDP) 2025 merupakan antara inisiatif strategik Kementerian Perpaduan Negara dalam menyokong agenda pendigitalan sektor awam, selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani ke arah pembudayaan teknologi digital di semua peringkat masyarakat. Program ini juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan pendigitalan secara terus kepada warga kementerian serta memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan penggunaan ICT dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian.