Event Date | 19-07-2024 |
19 Julai 2024, Putrajaya - Majlis Perasmian Program Keselamatan Kejiranan dan Jom Ronda Skim Ronda Sukarela (SRS) Bersepadu Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) P14H, Presint 14, hari ini.
Sebanyak RM3.2 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) tahun ini bagi memperkukuh keselamatan dan ketahanan komuniti di bawah Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Komuniti Progresif.
Turut hadir, Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan dan Agensi.