| Event Date | 11-10-2025 |
11 Oktober 2025, Kuala Lumpur - Muzium mesti terus bertransformasi daripada hanya “tempat pameran” kepada ruang pembelajaran hidup (living museum) yang menghubungkan masa lalu dan masa depan di samping merakyatkan muzium dengan menjadikan muzium sebagai milik dan kebanggaan bersama.
Perkara tersebut dinyatakan oleh YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha, Dasar dan Strategik, Kementerian Perpaduan Negara mewakili YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Program Nostalgia Anak Kampung: Temasya Riuh Sekampung.
Pada masa yang sama, beliau juga turut menjelaskan bahawa penganjuran program Nostalgia Anak Kampung memainkan peranan penting untuk menghidupkan semula memori budaya, memperkenalkan semula permainan tradisional, makanan warisan, muzik dan seni rakyat kepada generasi muda.
Program ini menjadi ruang untuk masyarakat pelbagai kaum berkongsi pengalaman, saling mengenal adat dan cara hidup masing-masing sekaligus memperkukuh perpaduan nasional.