SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Perasmian Pusat Mediasi Komuniti ke-11 di Perumahan Awam Seri Kota, Kuala Lumpur

Majlis Perasmian Pusat Mediasi Komuniti ke-11 di Perumahan Awam Seri Kota, Kuala Lumpur

Event Information

Event Date 17-10-2026
WhatsApp Image 2026 10 17 At 140054 1

17 Oktober 2026, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan Kerjasama Think City telah menubuhkan Pusat Mediasi Komuniti ke-11 di Perumahan Awam Seri Kota, Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.

Pusat Mediasi Komuniti menjadi pusat rujukan masyarakat dalam mendapatkan maklumat, khidmat nasihat awal serta saluran penyelesaian bagi isu dan pertikaian komuniti. Perkhidmatan Mediasi Komuniti diperkenalkan bagi menyediakan satu ruang penyelesaian lebih mudah, cepat dan harmoni kepada masyarakat khususnya bagi konflik yang boleh diselesaikan tanya melalui proses ligitasi.

YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ‘’usaha-usaha berterusan Kerajaan dalam perkukuh ekosistem Mediasi Komuniti telah meletakkan Malaysia sebagai antara peneraju dalam bidang ini, termasuk menjadi contoh dan rujukan di peringkat ASEAN’’. Tambah beliau lagi, kerajaan akan terus memperkukuh jaringan Pusat Mediasi Komuniti melalui penubuhan 12 pusat baharu menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bagi memperluas akses masyarakat kepada penyelesaian konflik secara aman, harmoni dan berkesan.

Sehingga kini, seramai 617 orang Mediator Komuniti telah ditauliahkan terdiri daripada pegawai perpaduan, wakil pertubuhan bukan kerajaan, wakil penganut agama serta anggota Kawasan Rukun Tetangga manakala bagi tempoh 2023 hingga 2026, sebanyak 521 kes berkaitan komuniti dan kejiranan telah berjaya diselesaikan melalui mediasi tanpa melibatkan proses mahkamah.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In