SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2025 PERINGKAT NEGERI PERLIS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2025 PERINGKAT NEGERI PERLIS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS

Event Information

Event Date 15-06-2025
WhatsApp Image 2025 06 15 At 232714 2

15 Jun 2025, Perlis - DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Perlis Bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis bertempat di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar Perlis. Turut berangkat bersama DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Turut hadir sama dalam majlis ini ialah YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YBrs.Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.

Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) adalah program di bawah kerangka Kembara Perpaduan Malaysia MADANI dan merupakan program flagship KPN bagi kluster Semarak Perpaduan yang bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan, kefahaman, dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam masyarakat Malaysia.

DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Perlis dan berangkat melawat ke reruai Jabatan/Agensi yang menyertai SMP 2025 pada kali ini.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In