Event Date | 04-05-2024 |
4 Mei 2024, Terengganu - Sekitar Majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Negeri Terengganu yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Maliaman Bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu.
Pelbagai pengisian menarik sepanjang majlis yang mengetengahkan persembahan yang beridentitikan Negeri Terengganu dan kepelbagaian kaum antaranya tarian tradisional dan kontemporari termasuklah Tarian Zapin Terengganu.
Selepas acara perasmian, tetamu kehormat turut melawat ke reruai jabatan dan agensi yang menyertai pameran pada kali ini. Pelbagai aktiviti dan pengisian turut disediakan di setiap reruai seperti permainan congkak dan gasing yang turut boleh disertai oleh para pengunjung yang hadir ke SMP 2024 Peringkat Negeri Terengganu.