SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis Perisytiharan dan Seminar Warisan Asia Pasifik

Majlis Perisytiharan dan Seminar Warisan Asia Pasifik

Event Information

Event Date 24-06-2025
WhatsApp Image 2025 06 25 At 005325

24 Jun 2025, Terengganu – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perisytiharan dan Seminar Warisan Asia Pasifik yang berlangsung pada hari ini.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pengiktirafan Koleksi Surat Persendirian Baginda Omar sebagai dokumen warisan serantau oleh UNESCO di bawah Memory of the World Committee for Asia and the Pacific (MOWCAP).

Baginda Omar atau Sultan Omar ibni Sultan Ahmad Shah merupakan Sultan Terengganu ke-IX yang memerintah dari tahun 1839 hingga 1876. Koleksi bersejarah ini mengandungi 56 naskhah surat persendirian bertarikh antara tahun 1848 hingga 1858, yang telah dikumpul oleh Syeikh Ulama Tok Ku Tuan Besar Paduka Indera Engku Syed Seri Perdana Engku Muhammad, seorang tokoh penting dalam sejarah diplomasi negeri Terengganu.

Turut hadir, YB Senator Puan Saraswathy Kandami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia serta kira-kira 500 orang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), penyelidik, ahli akademik dan sejarawan.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In