Event Date | 11-05-2024 |
11 Mei 2024, Pulau Pinang - Majlis Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Hj Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.
Program ini menyediakan ruang yang penting untuk memperkenalkan budaya, etnik, kepelbagaian adat resam, dan keunikan dari Sarawak dan Sabah kepada penduduk Pulau Pinang.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan agensinya, serta jabatan dan agensi Persekutuan ini melibatkan 27,000 orang terdiri daripada Jentera Perpaduan Pulau Pinang, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sabah & Sarawak – Anak Borneo Semenanjung (ABS) serta Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA).