Event Date | 26-01-2025 |
26 Januari 2025, Kuala Lumpur - Majlis Syarahan Perdana mengenai ‘Islam: The Covenants Fulfilled' telah disampaikan oleh Profesor Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Professor Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan seorang tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari yang amat disegani dan dihormati di dalam dan luar negara serta pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC).
Majlis Syarahan Perdana tersebut menjadi platform menghimpunkan lebih 500 ilmuwan bagi mendengar perbincangan mendalam mengenai karya terbaru ilmuwan ulung negara serta bagi mendapat inspirasi serta wawasan daripada ilmuwan ulung negara tersebut.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad.