| Event Date | 10-09-2026 |
10 September 2026, Sarawak - Kepelbagaian agama, budaya dan latar belakang merupakan sebahagian daripada wajah Malaysia yang kita banggakan.YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hari ini merasmikan Malaysia Pastoral Convention 2026 (MPC2026), sebuah perhimpunan Katolik berskala kebangsaan yang menghimpunkan 850 peserta daripada sembilan keuskupan dari tiga wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
MPC2026 yang membawa tema “Celebrate, Listen, Walk Together” menjadi wadah untuk meraikan kepelbagaian, memperkukuh persefahaman serta membina ruang dialog yang berteraskan sikap saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain.
Dalam konteks Malaysia yang masyarakatnya berbilang agama dan budaya, perpaduan tidak bermaksud kita perlu mengetepikan identiti masing-masing.Sebaliknya, perpaduan dibina apabila setiap identiti dihormati, setiap perbezaan diraikan dan setiap kita bersedia untuk mendengar serta memahami.