| Event Date | 19-02-2025 |
19 Februari 2025, Kuala Lumpur - Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Ho Chi Minh Youth Union dan beberapa rakan kerjasama strategik bersempena dengan Malam Penghargaan Rakan Kerjasama Strategik YSS yang disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Vivatel Hotel Kuala Lumpur.
YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata, “YSS sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkembangkan usaha memberikan impak sosial di peringkat antarabangsa melalui pelbagai misi kesukarelawan siswa di dalam dan luar negara termasuk di beberapa buah negara ASEAN seperti Indonesia, Laos dan Vietnam. Sehingga kini, YSS telah melahirkan seramai 2,067 alumni sukarelawan siswa dan telah menjayakan 73 misi kesukarelawanan berimpak tinggi serta lebih 8,000 projek komuniti yang telah memberikan manfaat kepada lebih 1 juta ahli masyarakat di dalam dan luar negara”.