| Event Date | 11-02-2026 |
11 Februari 2026, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara mengadap sembah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.YB Datuk turut menyembah maklum semua insiatif serta langkah proaktif Kementerian Perpaduan Negara dalam usaha memperkukuh perpaduan nasional.
Kementerian Perpaduan Negara akan sentiasa menjunjung Titah Seri Paduka Baginda agar isu pembinaan rumah ibadat diselaraskan mengikut undang-undang sedia ada dan tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Titah tersebut menjadi teras utama kepada semua pihak untuk menghormati peraturan serta menyelesaikan sebarang perkara melalui saluran yang sah secara diplomatik.
Keamanan dan toleransi yang menjadi asas negara wajar terus dipelihara demi perpaduan dan kebaikan seluruh rakyat Malaysia.
Dalam sesi tersebut, YB Datuk turut membentangkan mekanisme pengurusan isu perpaduan kementerian yang merangkumi pemetaan hotspot, sistem aduan RAKAN, mediasi komuniti,cadangan penubuhan PRISMA dan dapatan Indeks Perpaduan Negara 2025 sebagai rujukan untuk memperkukuh keharmonian dan perpaduan negara.
Daulat Tuanku.