| Event Date | 24-02-2026 |
24 Februari 2026, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menjawab pertanyaan YB Senator Tuan Niran Tan Kran di Dewan Negara, Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus disalurkan bagi peningkatan sosioekonomi masyarakat Bumiputera Siam.
Dalam tempoh 2023 hingga 2025, sejumlah RM2.09 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan program yang memfokuskan kepada perpaduan, pendidikan bahasa ibunda serta pemeliharaan kebudayaan dan adat resam masyarakat Siam, termasuk sambutan peringkat kebangsaan.
Kementerian Perpaduan Negara sentiasa komited dalam memperkasakan komuniti Siam secara holistik melalui pendekatan inklusif merangkumi aspek ekonomi, pendidikan, perumahan dan perlindungan sosial, selaras dengan agenda memperkukuh perpaduan dan kepelbagaian negara selaras dengan visi dan misi Kementerian Perpaduan Negara.