Event Date | 20-08-2025 |
20 Ogos 2025, Kuala Lumpur – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) berhubung perihal perpaduan negara.
Kementerian Perpaduan Negara telah diberikan mandat besar untuk menerajui Tonggak D1: Pembentukan Negara Bangsa. Fokus utama diberi kepada usaha membina sebuah negara bangsa yang berdaulat, bermaruah dan utuh, demi menjamin keharmonian, keamanan serta kestabilan negara. Seiring dengan itu, perpaduan berteraskan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara akan terus dijadikan landasan dalam memperkukuh identiti nasional.
Membina negara bangsa Malaysia memerlukan komitmen bersama bukan sahaja daripada kerajaan, malah masyarakat sivil, sektor swasta serta seluruh rakyat. Hanya dengan semangat kebersamaan inilah kita dapat melahirkan sebuah negara bangsa yang benar-benar bersatu, makmur dan disegani di persada dunia.