Event Date | 27-03-2025 |
27 Mac 2025, Melaka - YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan bertempat di Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka dan dihadiri Exco-Exco Kerajaan Negeri Melaka serta Pengurusan Tertinggi Jabatan dan Agensi yang terlibat. Mesyuarat pada kali ini adalah bagi meneliti persiapan akhir majlis yang bakal berlangsung.
Lawatan Tapak ke lokasi Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan turut diadakan bagi meninjau persiapan dan meneliti keperluan logistik.