Event Date | 08-08-2024 |
8 Ogos 2024, Putrajaya - Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) telah dipengerusikan bersama oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Tujuan Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan mengenai usaha-usaha pengukuhan keharmonian dan perpaduan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya.