| Event Date | 04-11-2025 |
4 November 2025, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) Bilangan 2/ 2025 bersama YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Mesyuarat telah bersetuju dan meluluskan pelaksanaan Jelajah Harmoni MADANI Belia Antara Agama ASEAN 2026, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pertubuhan-pertubuhan agama pelbagai kepercayaan. Program yang akan berlangsung dari Januari hingga September 2026 di seluruh Malaysia ini bertujuan memperkukuh kepimpinan belia beragama, mengarusperdanakan konsep harmoni dalam kepelbagaian, serta membina model komuniti antara agama.
Kerjasama antara penganut pelbagai agama merupakan asas yang penting dalam pembinaan Negara Bangsa. Inisiatif interfaith bukan sekadar menggalakkan dialog dan persefahaman, tetapi mengukuhkan jaringan kemasyarakatan yang menjadi teras kepada perpaduan dan kestabilan Malaysia pada masa hadapan.