Event Date | 14-11-2024 |
14 November 2024, Putrajaya - -Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Nasional Siri 3 Bil. 3 Tahun 2024 bertempat di Dewan Persidangan ICU, Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan dihadiri oleh ahli Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan.