Event Date | 09-12-2024 |
9 Disember 2024, Putrajaya - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) Bilangan 2 Tahun 2024 telah dipengerusikan bersama oleh YBhg.Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali kedua di mana mesyuarat pertama telah diadakan pada bulan Februari 2024. Mesyuarat ini penting sebagai persediaan dan semakan awal kepada pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa HARMONI yang akan datang.