Event Date | 24-04-2025 |
24 April 2025, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman, di mana pelbagai perkara penting telah dibincangkan termasuk pelaksanaan Biasiswa Tunku Abdul Rahman bagi tahun 2025.
Yayasan sentiasa komited untuk memastikan segala perancangan dan inisiatif yang digerakkan sentiasa selari dengan aspirasi Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu memperjuangkan perpaduan nasional, keadilan sosial, dan peluang pendidikan yang saksama untuk semua anak Malaysia tanpa mengira latar belakang.
Sebagai institusi warisan legasi Bapa Kemerdekaan, Yayasan Tunku Abdul Rahman akan terus melahirkan pemimpin muda yang berprinsip, berjiwa rakyat, dan menjunjung nilai-nilai perpaduan serta inklusiviti.