Event Date | 29-02-2024 |
29 Februari 2024, Kuala Lumpur - Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bil 1/2024 telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri.
MPPN pada kali ini antara lainnya telah meluluskan cadangan Pemerkasaan Agenda Perpaduan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menyentuh mengenai inisiatif mengenai pemerkasaan Rukun Tetangga (RT) Progresif, penghayatan Rukun Negara dan mengangkasa Mediator Komuniti.