| Event Date | 14-01-2026 |
14 Januari 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Perpaduan Negara Bilangan 1 Tahun 2026.
Beliau telah menekankan kepentingan supaya setiap cadangan dan inisiatif yang telah diutarakan dalam Amanat Tahun Baharu diberikan perhatian yang sewajarnya, diteliti secara menyeluruh dan terperinci, serta dilaksanakan dengan penuh komitmen agar dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dan memberi impak yang berkesan kepada organisasi.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan program-program utama sepanjang tahun yang merangkumi lima kluster utama bertemakan Bersama Membina Negara Bangsa sebagai panduan kerja kementerian dalam usaha memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan rakyat.