| Event Date | 05-02-2026 |
5 Februari 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Perpaduan Negara Bilangan 2 Tahun 2026.
Mesyuarat ini telah meneliti secara strategik pelaksanaan Indeks Ketegangan Masyarakat sebagaimana yang digariskan dalam Belanjawan 2026 sebagai instrumen dasar bagi memperkukuh pengurusan keharmonian sosial.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan perancangan pelaksanaan program memperingati negarawan sebagai inisiatif berimpak tinggi untuk memperkukuh pemahaman sejarah, memupuk nilai kenegaraan serta menyokong agenda perpaduan nasional, khususnya dalam kalangan generasi muda.