Event Date | 10-06-2024 |
10 Jun 2024, Kelantan - YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Tapak ke Kampung Angkat MADANI di Kampung Batu Papan, Gua Musang, Kelantan.
Mesyuarat dan lawatan ini diadakan bertujuan untuk memperhalusi perancangan pembangunan kawasan itu dari segi infrastruktur asas, ameniti sosial dan sebagai tempat tarikan pelancongan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk sekitarnya.
Turut hadir ke sesi ini ialah YB Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN Galas; YABrs Tuan Haji Nik Raisnan bin Haji Daud, Ketua Jajahan Gua Musang, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan, Ketua-ketua Agensi dan wakil-wakil penduduk.