Event Date | 14-02-2024 |
14 Februari 2024, Putrajaya - Mesyuarat Pra Majlis Nasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bil 1/2024 telah diadakan bersama YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di sini, pada hari ni.
Mesyuarat persediaan bagi MPPN Bil. 1/2024 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi KPN serta para pegawai dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN).