| Event Date | 15-07-2026 |
15 Julai 2026, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melancarkan dua pelan strategik iaitu Pelan Strategik KPN 2026-2030 dan Pelan Strategik Pendigitalan KPN 2026-2030 yang akan menjadi dokumen rujukan utama dalam menetapkan hala tuju stategik Kementerian bagi tempoh lima tahun akan datang.
Majlis pelancaran pelan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan KPN, hari ini. Pelan Strategik KPN 2026-2030 merangkumi 5 teras, 12 strategi dan 33 inisiatif yang digubal berlandaskan aspirasi untuk memperkasakan nilai kebangsaan, memperkukuh tapak integrasi sosial serta melestarikan khazanah warisan sebagai tunjang pembinaan negara bangsa.
Lima teras strategik utama tersebut adalah Patriotisme dan Demokrasi, Pembinaan Negara Bangsa, Ekosistem Perpaduan, Transformasi Digital Perpaduan dan Tadbir Utus Organisasi dan Komunikasi.Pelan ini telah disusun selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, dan mandat Kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) iaitu pembinaan negara bangsa sebagai asas kepada pembentukan perpaduan negara yang mampan.