SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Pembentangan Rang Undang-Undang Rukun Tetangga (Pindaan) 2025

Pembentangan Rang Undang-Undang Rukun Tetangga (Pindaan) 2025

Event Information

Event Date 02-12-2025
WhatsApp Image 2025 12 02 At 184410

2 Disember 2025, Kuala Lumpur - Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Rukun Tetangga (Pindaan) 2025.  RUU ini telah dibentangkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.

Dua aspek utama telah diberi tumpuan dalam pindaan Akta 751 ini iaitu pemanjangan tempoh pelantikan Anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (AJKRT) dan cadangan untuk memperkemaskan peruntukan Akta Rukun Tetangga sedia ada. Aspek pemanjangan tempoh pelantikan AJKRT merujuk kepada pemanjangan tempoh pelantikan AJKRT kepada tiga tahun bagi setiap penggal manakala pelantikan secara berturut-turut dihadkan selama dua penggal atau maksimum enam (6) tahun keseluruhannya di dalam Kawasan yang sama.

YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melihat bahawa akta ini perlu dipinda dan disesuaikan dengan keperluan semasa bagi memperkukuhkan peranan dan fungsi Rukun  Tetangga ke arah membangun komuniti progresif bagi mendepani cabaran semasa setelah menjadi rujukan dalam pelaksanaan Rukun Tetangga selama 13 tahun.

KPN yakin bahawa pindaan terhadap Akta Rukun Tetangga 2012 adalah satu langkah strategik selaras dengan keperluan semasa serta berupaya mengukuhkan fungsi RT dan Skim Rondaaan Sukarela (SRS), meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan di peringkat akar umbi serta menyumbang kepada penjimatan kos pentadbiran tanpa melibatkan implikasi kewangan tambahan.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In