Event Date | 14-11-2024 |
14 November 2024, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke dewan rakyat bagi penggulungan RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa yang menyentuh perincian bagi butiran belanja mengurus dan pembangunan.
Beliau turut menekankan bahawa fokus utama Kementerian Perpaduan Negara bagi tahun 2025 adalah Ekosistem Perpaduan, Harmoni MADANI, Eksplorasi Rukun Negara dan Komuniti Sosio-Budaya.
Turun hadir, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara.