Event Date | 17-11-2024 |
17 November 2024, Melaka - YBrs Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud,Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Perasmian Bengkel Hala Tuju Sektor Dasar Tahun 2025 bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka.
Susulan daripada penstrukturan semula Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) pada 6 Ogos 2024 yang lalu, satu Bengkel Hala Tuju Sektor Dasar Tahun 2025 telah diadakan dari 15 – 17 November 2024 di Imperial Heritage Hotel, Melaka.
Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyemak fungsi sedia ada dan fungsi baharu bahagian -bahagian untuk mengelakkan pertindihan fungsi. Selain daripada itu, bengkel ini juga diadakan untuk mengenalpasti program- program utama yang bakal dilaksanakan pada tahun 2025.