Event Date | 02-08-2024 |
2 Ogos 2024, Miri - Ucapan Perasmian oleh YBrs.Puan Norihan Binti Mohamed Naim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara sempena Dialog Teluk Kali ke-11 bertempat di Hotel Dynasty, Miri, Sarawak.
Kementerian Perpaduan Negara melihat penganjuran Dialog Teluk ini sebagai salah satu elemen penting untuk menyokong kerangka membangun Malaysia Madani melalui perpaduan dalam kepelbagaian.
Dialog Teluk yang bertemakan “Citra Sastera Sebudaya Wilayah Teluk” ini sangat relevan kerana objektif penganjurandan penglibatan golongan sasar adalah berfokus untuk membina komuniti sastera yang mampan untuk mengangkat nilai-nilai kemanusiaan serta integrasi nasional.