Event Date | 24-02-2024 |
24 Februari 2024, Kuala Lumpur– Perasmian Konvensyen Mediasi Komuniti yang bertemakan "Mediator Komuniti: Pemangkin Keharmonian Negara di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Inisiatif ini menandakan langkah penting dalam memperkukuh peranan Mediator Komuniti sebagai pendamai masyarakat. Mediator Komuniti juga dikenali sebagai jentera perpaduan yang sangat penting dalam menyatupadukan perbezaan kaum serta membantu memelihara keharmonian masyarakat di kawasan komuniti. Sehingga kini, sebanyak 564 Mediator Komuniti yang terdiri daripada 163 Pegawai Perpaduan, 379 AJK Komuniti Rukun Tetangga (KRT), dan 22 NGO Agama.