SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Perasmian Program Fiesta Uniti@ Muzium Perak

Perasmian Program Fiesta Uniti@ Muzium Perak

Event Information

Event Date 28-06-2025
WhatsApp Image 2025 06 28 At 224445 1

28 Jun 2025, Perak - Perasmian Program Fiesta Uniti@ Muzium Perak telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara bertempat di Muzium Perak, Taiping.

Bertemakan 'Penyatuan Dalam Kepelbagaian', program anjuran Jabatan Muzium Malaysia menerusi Muzium Perak ini berlangsung dari 28 hingga 29 Jun 2025.  Program ini merupakan antara program utama tahunan bagi setiap muzium di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia.

Sepanjang fiesta ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat disusun. Antaranya Persembahan Kebudayaan Pelbagai Kaum, Kayuhan Uniti 40 KM yang melibatkan 300 peserta, Bengkel Perkongsian Ilmu, Pertandingan Seni Tari dan Lagu Patriotik serta reruai pameran dan jualan yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk membeli dan menikmati pelbagai produk tempatan.

Selain itu juga, para pengunjung juga boleh turut melawat Pameran Naga: Imej Dalam Budaya Material yang masih berlangsung sehingga 31 Januari 2026 di Galeri A, Muzium Perak. Bagi program Fiesta Uniti@Muzium Perak, kerjasama turut melibatkan Yayasan Al-Amin, Jabatan Pendidikan Negeri, Institusi Pengajian Tinggi dan Pihak Berkuasa Tempatan dan NGO.

Turut hadir, Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Seri Haji Wan Mohd Isa bin Dato’ Haji Wan Mohd Razal, Yang Berhormat Tuan Ong Seng Guan Ahli Dewan Undangan Negeri Pokok Assam dan YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In