Event Date | 08-05-2025 |
8 Mei 2025, Sabah - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Round Table Discussion (RTD) Negara Bangsa MADANI anjuran Kementerian Perpaduan Negara.
RTD ini diwujudkan sebagai platform strategik untuk menghimpunkan pelbagai pemegang taruh bagi memperhalusi isu-isu semasa berkaitan pembinaan negara bangsa serta mencadangkan penyelesaian yang realistik, inklusif, dan berpaksikan nilai Malaysia MADANI.
Di Malaysia, pembinaan negara bangsa bermula daripada usaha menyatukan masyarakat pelbagai kaum yang dibentuk oleh sejarah migrasi, ekonomi kolonial, dan dasar pecah perintah.
Negara Bangsa MADANI bukan milik satu kaum, satu agama, atau satu generasi sahaja. Ia adalah milik semua, warisan nenek moyang, amanah kepada generasi kini, dan hak waris kepada anak-anak masa depan!