| Event Date | 09-03-2026 |
9 Mac 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan perbincangan strategik bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia bagi menganalisis dapatan kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) yang menilai tahap kesejahteraan negara dari sudut kepimpinan, keharmonian masyarakat dan kemampanan ekonomi.
IMNR yang dilaksanakan sejak 2021 kini diperkukuh dengan 15 ciri utama merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi bagi mencerminkan realiti serta keperluan rakyat hari ini.
Kerajaan mengambil maklum segala dapatan ini sebagai panduan penting dalam menambah baik dasar negara, agar pembangunan yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan memperkukuh masa depan Malaysia.