| Event Date | 17-06-2025 |
17 Jun 2025, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan Persidangan dan Mesyuarat Kongres Pustakawan Asia Tenggara ke-19 (CONSAL 19) dari 16 hingga 19 Jun 2025.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
CONSAL pada tahun ini menghimpunkan penyertaan yang memberangsangkan iaitu seramai 1200 orang peserta dari seluruh Asia Tenggara dan negara-negara luar, dengan pembentangan sebanyak 89 kertas kerja oleh tokoh-tokoh dan pakar pelbagai bidang.
Kongres ini membuka ruang istimewa untuk memperkukuh jaringan serantau, mengetengahkan amalan terbaik serta mencorak halatuju baharu dalam perkongsian ilmu secara lebih meluas dan bermakna.
Dalam ucapan YB Menteri, beliau menegaskan bahawa perpustakaan masa kini bukan lagi sekadar tempat penyimpanan buku, tetapi telah berevolusi menjadi lambang keadilan ilmu, pintu akses digital, penjaga khazanah warisan budaya, dan pusat pembelajaran sepanjang hayat untuk semua lapisan masyarakat.